Friday, January 30, 2015

My intro.. Assalamuaikum.. haii.. hehe..

~My Intro~

Assalamualaikum dan salam perkenalan semua.. hai bloggers..

Salam pembuka bicara dari empunya diri yang masih baru dan totally zero dalam dunia blogging.
(Skema gila ayat aku!! Biasala baru nak belajar berblogging..hahaa)

Nama aku Ashraff Amin Bin Abdul Manaf. Dilahirkan pada tanggal 17 Mei tahun 1993. (Yeah..I'm 90's boy..huhuu). Berasal dari Kota Bharu dan sekarang ni menetap di Tanah Merah, Kelantan yang juga merupakan tempat kelahiran ayah aku.
(Ambo ore kelate boh.. kecek luar bau budu slaluh..hahaa. Tulis bahasa surat jah boleh, kecek failed..hahaha)
Merupakan anak ke-4 daripada 9 adik-beradik. (Anak lelaki ke-3, ada kakak comel sorang dan dua abang yang baik..hehe) Ada 5 adik lagi, 2 lelaki dan 3 perempuan yang juga baik macam aku...hahah. (bluekkkk... perasan gila kan3.. nak muntah silakan..haha)

~Sebab Ashraff Amin Buat Blog~

Kenapa aku buat blog ye?? Orang buat blog, aku pon mengada nak buat jugak..hahaa

Ok...ini sebabnya..

Idea ni timbul sejak aku terlibat dalam kemalangan motosikal yang amat tragis semasa aku dalam perjalanan hendak mendaftarkan diri dalam pengajian di Unimap, Perlis.

Sebenarnya dah lama aku bercadang nak buat blog. Tapi sebab mungkin masa tu semangat untuk buat blog sekadar hangat-hangat tahi ayam je..hahaa.

Idea ni tercetus bila aku didedahkan tentang dunia blogging dari salah seorang kawan perempuan di tempat pengajian aku, Aswaleyla. Beliau yang juga merupakan junior aku, merangkap teman tapi mesra aku, teman luah perasaan, kongsi masalah dan bertukar pendapat aku pernah bercerita tentang aktiviti beliau jika terasa nak berkongsi sesuatu dengan orang ramai atau pun bila rasa bosan...hahaa.Tapi ramai jugalah kawan aku selain leyla yang dah lama ceburi bidang blogging ni bila aku pon cuba2 ambil tahu dengan siapa mereka main blog nih?

Jadi, dari itulah aku terdetik untuk buat blog tapi tak buat-buat hinggalah aku terlibat kemalangan dan rasa nak abadikan memori tentang hidup aku di dunia maya ni.. kali ni baru nak serius..haishh..

Sejajar dengan perkembangan teknologi IT nih aku tak mahu ketinggalan untuk berkongsi pengalaman, idea n mungkin jugak infotainment yang bermanfaat utk korang take note dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh tipu daya. Harap demo sudi-sudi lah berkongsi pengetahuan dan idea. Semoga kita dapat jadi kawan dalam dunia maya ni.

No comments:

Post a Comment